Infaq Dana Pengubahsuaian Tahfiz Untuk Pahala Berpanjangan

Kini semakin ramai ibu bapa memilih untuk menghantar anak mereka ke pusat Tahfiz kerana sistem pendidikanya yang seimbang antara duniawi dan ukhrawi.

Maahad Tahfiz Al-Quran Dhiya Lilbanat juga mendapat permohonan masuk yang semakin bertambah setiap tahun menyebabkan pusat ini semakin padat.

Atas permintaan yang tinggi dan ruangan tahfiz yang terhad, kini sebahagian pelajar telah dipindahkan ke cawangan ke-2 di Taman Ampang Indah, Kuala Kubu Bharu.

Walaubagaimanapun, premis baru ini perlu ditambah baik bagi menjadikan tempat tersebut lebih sesuai dan selesa bagi sesi pembelajaran.

Keadaan premis pertama yang sempit di Kampung Melayu Rasa Tambahan, Selangor.

ANTARA KERJA-KERJA TAMBAH BAIK YANG AKAN DAN SEDANG DIJALANKAN

  •  Membina 4 tandas dan bilik air dengan kos yang diperlukan sebanyak RM6000

  • Membuat benteng di laman surau dan kelas dengan kos yang diperlukan sebanyak RM2000

  • Menutup ruang dari nyamuk masuk dengan kos yang diperlukan sebanyak RM2000

  • Membeli khemah pelbagai kegunaan 20X20 dengan kos yang diperlukan sebanyak RM2100

Jadi, kami ingin mengajak anda semua bersama-sama berkongsi rezeki untuk pengubahsuaian Maahad Tahfiz Al-Quran Dhiya Lilbanat ini, bagi memberi keselesaan buat para hafizah.

KENALI MTAQDL

Tahfiz Dhiya Lilbanat mempunyai lebih 37 orang pelajar dan 6 orang guru. Tahfiz ini terletak di Kampung Melayu Rasa Tambahan, Selangor.

Kami menyewa di bangunan tahfiz sekarang dan bila-bila masa sahaja boleh dihalau keluar di samping ruang di sini juga sangat terhad untuk para pelajar. Oleh itu, kami terpaksa membuka cawangan kedua dengan menyewa bangunan kedai di PKNS.

Sijil Pendaftaran

Kerja-kerja pengubahsuaian di premis baru yang masih lagi belum selesai

ANGGARAN KOS KESELURUHAN

RM 0

KOS YANG DIPERLUKAN

Nilai ini sangat-sangat besar bagi kami. Tapi kami yakin dan percaya, jika kita berganding bahu bersama, jumlah yang besar ini akan berjaya dikumpulkan tidak lama lagi. Insya-Allah!

PROGRESS KUTIPAN SEMASA

RM 1,430

RM 6000

RM 12100

Antara hafizah yang berjaya menyelesaikan imtihan hafazan 5 - 15 juz terus-menerus dalam masa beberapa jam sahaja.

Jadi kami sangat-sangat berharap tuan/puan sudi berkongsi rezeki jika tidak keberatan untuk kami bina tempat belajar yang selesa untuk anak tahfiz ini.